Marhabban...Selamat datang ke blog saya...semoga bermanfaat kepada kita semua...
Selasa, 18 Disember 2012
Tadabbur: Bayang bayang...
Bayang bayang...
bayang bayang membawa satu erti yang amat besar bagiku. Ia sentiasa mengikuti aku setiap masa, biar pagi, petang mahupun malam. Bentuknya sama seperti diriku, cuma kadang kadang ia menjadi besar, dan kadang kadang menjadi kecil, namun hadirnya sentiasa ada.
pada waktu gelap, walaupun bayang bayang tidak jelas, tetapi ia tetap ada. malah ketika itulah bayang bayang adalah yang TERGELAP dan TERBESAR. Cuma ia diselimuti oleh kegelapan sekeliling.
Bila mentari menjelma, maka ketara atau tertonjollah bayang bayang itu. Baru semua menyedari akan kehadirannya. Di depan kah, atau di belakangkah, tertakluk pada sumber cahaya. jika menghadap kiblat, maka bila mentari timbul, bayang bayang dihadapan kita. Barulah sedar akan kehadirannya, apatah lagi di awal kemunculannya, saiznya paling besar waktu itu.
jam semakin mendetik. mentari kini di tengah tengah. bila ia di atas kepala, bayang bayang tadi mengecil hingga ia adalah yang terkecil sepanjang hari itu.
Dan kini, mentari pun hampir terbenam. Manakah bayang bayang tadi? kini ia dibelakang kita, semakin membesar...hingga ia kembali diselimuti oleh kegelapan malam...
Begitulah dengan jalan hidup kita.
hidup yang sentiasa tidak pernah lepas dari dosa. tanpa kita menyedarinya, dosa seakan rutin hidup. seperti tiada apa yang berlaku, seperti tidak bersalah.
Tiba tiba datanglah cahaya kesedaran, cahaya yang membimbing kita kejalan kebenaran. Bila kita menghadap ke kiblat, setelah sekian lama meninggalkan tiang agama, saat itulah betapa kita menyedari akan kisah lalu kita. betapa jahilnya zaman dulu. betapa burukna zaman lalu...
terus dikejar sinar cahaya keimanan. Terus berusaha lakukan tanggungjawab selaku muslim yang sepatutnya. Semakin menghampii jalan yang lurus, hingga meninggalkan perkara mungkar, dan meninggalkan zaman yang kotor.
Hingga akhirnya, zaman lalu yang 'hitam' kini di belakang kita...semakin jauh ditinggalkan...Alhamdulillah.Cahaya itu mengembalikan kita kejalan yang benar.
Adakah kita akan biarkan diri kita masuk semula kejalan kegelapan?TIDAK! maka KEJARLAH CAHAYA itu!Kejarlah ia...kejarlah...
Rabu, 5 Disember 2012
Langgan:
Ulasan (Atom)

