Marhabban...Selamat datang ke blog saya...semoga bermanfaat kepada kita semua...
Rabu, 26 September 2012
Isnin, 24 September 2012
Edcoustic- Muhasabah Cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff:
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x
Ya Naas...binatang pun berhak hidup...
Bismillahir Rahmanir Rahim...
2hb Julai 2012.
Malam tadi, aku terkejut setelah membaca sebuah 'post' di fb. Si tukang 'post' tersebut menyatakan yang kawasan rumahnya sering diganggu monyet, seperti melompat dii atap rumahnya. Oleh itu, beliau bertanya sidang pembaca sekiranya meereka tahu tentang racun untuk monyet, atau bahasa trasnparansinya, MEMBUNUH binatang tersebut.
Ya Allah...
Tidak ku sangka sanggup seseorang melakukan perbuatan tersebut. Membunuh binatang hanya kerana atap rumahnya dilompat-lompati. Memang aku mengaku, keadaan begitu boleh mengganggu ketenteraman seseornag, tapi perlukah perbuatan sebegitu drastik?Apa tidak ada cara lain selain dari bunuh?
Terdapat berbagai cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Mungkin dengan menghalau. Mungkin dengan cara memasang perangkap. Dan apabila tertangkap, mintalah bantuan kepada pihak yang berkenaan. Mereka juga makhluk ciptaan tuhan, bernyawa. Kesalahan mereka sebegitu kecil, yang pendapat aku tidak perlulah hukuman drastik sebegitu. Melainkan mereka memberi ancaman yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.
Sebenarnya, perlakuan kejam sesetangah manusia terhadap binatang sering berlaku. Penderaan dan pembunuhan. Di banyak tempat selalu berkeliaran haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing. Banyak yang menderita kesakitan kulit, badan berdarah akibat kutu. Yang lebih menyayat hati apabila terdapat binatang tersebut dipukul. Anjing yang cuma melintas, di lontar dengan batu dari jauh. Kucing meminta makan disirami dengan air. Yang tidur disergah dan kadang-kadang ditendang. Astaghfirullah...
Ingatlah para sidang. Kita ini dijadikan di bumi sebagai khalifahNya, Khalifah atau pemimpin kepada seluruh penghuni bumi. Oleh itu, selayak dengan tugas kita, bersikap adillah. Bertimbang rasalah. Bukan cuma kita saja penghuninya. Binatang pun ada haknya. Flora dan fauna begitu jua. Jadi hindari sikap kekejaman dan tidak bertimbang rasa. Elakkan dari sikap merosakkan sekeliling kita.
- ZulFadilah...@ adi Fikhri...

andai yang kau cintai diambil kembali...Bersyukurlah...
Bismillahir Rahmanir Rahim...
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...kita diberi peluang untuk bernafas lagi, bernafas sehari lagi di dunia ini. Kita patut bersyukur kerana usia telah dilanjutkan. Diberi peluang untuk memaksimalkan lagi waktu yang ada untuk meraih cinta Illahi...
Hidup di dunia ini memang penuh nikmat. Nikmat yang diberikan oleh Allah terlalu banyak untuk disenaraikan. Nikmat penglihatan, pendengaran, deria lain, nikmat berkeluarga, nikmat berilmu, dan banyak lagi. Malah, hidup itu sendiri adalah nikmat. Allah sayangkan kita, kita diberikan dengan pelbagai kesenangan di dunia ini. Jadi wajarlah kita mensyukuri setiap yang diberikan dengan Zikrullah, iaitu mengingati Allah...
Memang nikmat yang diberikan itu indah. Malah kalau boleh, kita inginkan ada segalanya, dan untuk selamanya. Tapi ingatlah, semuanya bersifat sementara. Apatah lagi nikmat yang Allah berikan kepada kita. Akan tiba satu saat bila satu kenikmatan itu ditarik dari kita. Bersedialah, kerana antara sejumlah nikmat yang kita ada, mungkin yang di ambil adalah yang terpenting atau yang paling kita sayangi. Kesihatan bila kita tiba tiba jatuh sakit, kemiskinan melanda sedangkan tidak lama dulu kita seorang hartawan...
Tabahlah...bersabarlah...dan percayalah, apa yang dilakukan oleh Allah ada hikmahnya. Terlalu banyak musababnya, yang jujurnya, Allah lebih mengetahui. Mungkin sebagai peringatan kepada kita, andai sebelum ini kita kekurangan sifat syukur atau terlebih sombong. Mungkin sebagai ujian, untuk menguji kesabaran kita dan sebagai tanda cinta-Nya kepada kita...yang pasti Allah lebih mengetahui...
Yang penting, kita perlu bersangka baik dengan Allah. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Berdoalah, bersabarlah, dan banyakkan ibadah...bersyukurlah dengan ujian yang menimpa, sepertimana reaksi Nabi Ayyub a.s.

Langgan:
Ulasan (Atom)