Bismillahir Rahmanir Rahim...
2hb Julai 2012.
Malam tadi, aku terkejut setelah membaca sebuah 'post' di fb. Si tukang 'post' tersebut menyatakan yang kawasan rumahnya sering diganggu monyet, seperti melompat dii atap rumahnya. Oleh itu, beliau bertanya sidang pembaca sekiranya meereka tahu tentang racun untuk monyet, atau bahasa trasnparansinya, MEMBUNUH binatang tersebut.
Ya Allah...
Tidak ku sangka sanggup seseorang melakukan perbuatan tersebut. Membunuh binatang hanya kerana atap rumahnya dilompat-lompati. Memang aku mengaku, keadaan begitu boleh mengganggu ketenteraman seseornag, tapi perlukah perbuatan sebegitu drastik?Apa tidak ada cara lain selain dari bunuh?
Terdapat berbagai cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Mungkin dengan menghalau. Mungkin dengan cara memasang perangkap. Dan apabila tertangkap, mintalah bantuan kepada pihak yang berkenaan. Mereka juga makhluk ciptaan tuhan, bernyawa. Kesalahan mereka sebegitu kecil, yang pendapat aku tidak perlulah hukuman drastik sebegitu. Melainkan mereka memberi ancaman yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.
Sebenarnya, perlakuan kejam sesetangah manusia terhadap binatang sering berlaku. Penderaan dan pembunuhan. Di banyak tempat selalu berkeliaran haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing. Banyak yang menderita kesakitan kulit, badan berdarah akibat kutu. Yang lebih menyayat hati apabila terdapat binatang tersebut dipukul. Anjing yang cuma melintas, di lontar dengan batu dari jauh. Kucing meminta makan disirami dengan air. Yang tidur disergah dan kadang-kadang ditendang. Astaghfirullah...
Ingatlah para sidang. Kita ini dijadikan di bumi sebagai khalifahNya,
Khalifah atau pemimpin kepada seluruh penghuni bumi. Oleh itu, selayak dengan tugas kita, bersikap adillah. Bertimbang rasalah. Bukan cuma kita saja penghuninya. Binatang pun ada haknya. Flora dan fauna begitu jua. Jadi hindari sikap kekejaman dan tidak bertimbang rasa. Elakkan dari sikap merosakkan sekeliling kita.
- ZulFadilah...@ adi Fikhri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan